Word: DUGAAN

3:47 PM


                             Anda disahkan menghidap penyakit kanser

Aiman membaca surat yang disahkan oleh pakar perubatan hospital kerajaan. Luluh hatinya seperti kaca yang pecah seribu setelah mengetahui keputusan itu. Ketika itu, dia merasakan dunianya begitu sempit sekelip mata. Dalam kotak fikirannya timbul pelbagai jenis soalan yang tidak terhingga nilainya.
Adakah aku mampu hidup untuk seratus tahun lagi? Adakah aku akan mati esok? Bagaimana dengan isteri dan anak-anakku? Bagaimana dengan itu? Kenapa? Apa? Dimanakah?. Sehingga satu saat, dia berfikir sejenak kenapa Allah turunkan bala seperti ini. Dia hampir berputus asa dan tidak sanggup untuk teruskan hidup lagi.

            ....................................................................................................

Begitulah kisah Aiman yang menghidapi penyakit kanser. Acap kali, kita sering berpendapat bahawa dugaan ni mesti kita direct tujukan kepada orang yang sakit. Tapi, sebenarnya dugaan ni bukan sekadar sakit je bahkan perkara lain pun ada dugaannya juga. Jika kita meniliti kehidupan kita seharian, pastinya kita tidak akan terlepas daripada tidak menerima ujian Allah.

Ujian ni diturunkan berbeza-beza kepada hambaNya. Kadang-kadang, setiap perkara yang kita lakukan tu pastinya kita akan hadapi kesusahan dahulu sebelum kesenangan datang. Tanpa kita sedar pun ada juga.

Misalnya :

Ketika kita hendak pergi menonton perlawanan bola sepak di antara Malaysia dan Indonesia. Pastinya, kita akan merasakan kesesakan lalulintas dahulu sebelum masuk ke pintu utama stadium. Ha, di situlah Allah menguji kita adakah kita sabar ataupun sebaliknya menghadapi situasi tersebut. Kalau kita sabar dan ikut peraturan lalulintas, bukan sahaja kita akan masuk ke stadium dengan selamat bahkan Allah akan bagi ganjaran buat mereka yang bersabar.

Tapi, jika sebaliknya, kita akan mendapat kesusahan di mana kita akan mengalami samada kemalangan kecil ataupun dihon oleh kenderaan lain. Serta merta perasaan panas baran menyebulungi diri. Kita akan merasa tidak seronok melihat perlawanan bola tersebut.Malahan pula, bila diri ni dah terlalu marah akan menimbulkan pergaduhan di jalan raya. Itu yang kita tidak mahu.

Solusi bagi situasi kisah Aiman sebentar tadi. Kita dapat lihat bahawa dia seperti putus asa dan tidak meredhai atas segala ujian yang ditimpakan kepadanya. Seharusnya, dia harus bersyukur kerana Allah masih nak uji dia untuk menilai samada imannya tetap utuh ataupun sebaliknya. Kita mestilah bersabar, berusah dan bertawakal untuk menghadapinya.

Jangan ingat Allah turunkan dugaan yang perit seperti itu, Allah tidak menyayangi kita. Tapi, semestinya Dia mahu hambaNya kuat dan tak kan give up. Bak kata orang, everything happens has a reason atau setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tapi, hikmahnya akan datang kemudian.

Please remind ,

Reward

Cuba kita refresh balik ayat 96 surah An-Nahl :




maksud : (Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami akan membalas orang-orang yang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.

Sudah terang lagi bersuluh, Allah akan membalas dengan ganjaran pahala bagi mereka yang bersabar tidak kiralah apa. Secara lazimnya, ujian ni akan datang bila-bila masa bukan sahaja semasa kita sakit bahkan masa sihat pun.

Pandangan masyarakat sekarang berpendapat bahawa ujian ni hanya untuk orang yang miskin. Padahal, orang yang kaya pun sebenarnya ada dugaan juga. Dugaanya disini bagaimana dia mengurus hartanya dengan baik. Tanpa kita sedar pun kita akan terlalaidengan harta tersebut dari jalanNya, kita lebihkan duit itu untuk hal dunia semata-mata dan akhirat diketepikan. Ini yang Allah sangat tak suka.

Tiba-tiba, aku teringat ayat 2 Surah Al-Ankabuut yang di ajar oleh Kak Ati pada tahun lepas. Bagi yang ada masa tu mesti ingat. Hehe


maksud : Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Ayat ni menerangkan bahawa sesetengah masyarakat merasa diri mereka sudah beriman dengan melakukan segala perintahNya tetapi sedangkan Allah belum lagi menguji mereka. Kita tak boleh cakap kita ni dah beriman sedangkan iman kita pun kadang-kadang macam roda basikal. Sometimes, di atas, sometimes, di bawah. Senang cerita, senang naik dan turun. Maka, di garisan permulaan hidup kita, Allah memberi dugaan kepada kita agar kita terus patuh dan beriman kepadanya. Ingat tu ya kawan sekalian.

Tapi, jangan dalam kita beribadah ataupun beristiqamah, kita FUTUR ye.

Sampai sini sahaja, coretan hamba ye :)
Moga bermanfaat.



You Might Also Like

2 komen kalian

Popular Posts