Ayam Masak Merah Simple

1:26 AM

asalamualaikum.

Dah lama tak kongsi resepi kan?
So, kat sini cik admin nak bagi resepi yang simple : Ayam Masak Merah

So sebagai student full time semestinya, kita ni malas nak beli bahan-bahan yang remeh. Jadi, admin ada idea nak share resepi paling ringkas dan menggunakan bahan-bahan yang ringkas yang memang dah ada dah kat rumah admin.

RESEPI : Ayam Masak Merah Simple

Bahan-bahan -
1. Ayam = ikut suka berapa potong ayam nak guna, biasa admin amik bahagian dada je untuk hidangkan 3 orang.

2. Bawang Besar/Bawang Merah - seulas

3. Bawang putih - 2 ulas

4. Sos cili/ tomato

5. Halia- potong besar setengah ibu jari

Tambahan hiasan : tomato, daun sup*
Pilihan

Cara-cara :

1. Biasa potong ayam ikut masing-masing, dan lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng hingga garing

2. Asingkan ayam yang digoreng di pinggan yang lain.

3. Potong/hiris bawang merah, putih, besar, halia. Dan tumiskan hingga bau wangi naik.

4. Campurkan sos cili pada tumisan.

5. Goreng sekali dengan ayam yang digoreng tadi sehingga sebati, agar sos itu terasa pada ayam tersebut.

6. Taburkan daun sup dan tomato.

Siap 😉

Selamat Mencuba,  jangan lupa komen.
Semoga bermanfaat. Jangan lupa baca bismillah sebelum memasak 😊

You Might Also Like

0 komen kalian

Popular Posts