REVIEW BUKU : MUSTAFA KAMAL ANTARTUK

7:34 PM

Bismillahirrahmanirrahim

Novel Fiksyen Sejarah : Mustafa Kamal Antartuk, Penegak Agenda Yahudi
Penulis : Abdul Latip Talib
Muka Surat :343



Hari ni dah habis baca kisah sejarah Bapa Penegak Agenda Yahudi di Turki. Sememangnya, Mustafa Kamal Antartuk merupakan seorang pencetus fenomena di mana Mustafa sanggup menumbangkan atau menghacurkan zaman kegemilangan Islam Turki iaitu zaman Khalifah Uthmaniah. Mari kita kenal susur galur kisah dan kehidupannya.

Nama sebenarnya ialah Mustafa. Jika sebelum ini , saya ingat bahawa Mustafa Kamal Antartuk merupakan nama penuhnya. Panggilan" Kamal" yang bermaksud orang yang sempurna pula bermula apabila Mustafa Kamal sering dianggap pelajar yang pandai dan cemerlang di Sekolah Kadet Tentera milik kerajaan Uthmaniah itu. Namun begitu, pada zahirnya mereka melihat Mustafa ini pelajar bijak. Walaubagaimanapun, sebenarnya Abdullah Muhsin Agha, rakan baik bapa Mustafa, sanggup mengeluarkan duit untuk membayar gaji kepada guru-guru Mustafa agar dia menjadi orang yang bijak. Mereka dibayar supaya setiap kali sebelum masuk kelas, Mustafa telah diajar terlebih dahulu berbanding rakan-rakannya. Mustafa juga sering cemerlang dalam setiap peperiksaan hasil daripada soalan bocor yang diberikan guru upahaan Abdul Muhsin Agha itu.Manakala gelaran " Antartuk " bermula apabila Mustafa dijemput ke sebuah majlis pidato yang bertemakan revolusi. Semasa Shafwat Arikan berpidato, dia ada menyebut perkataan " Antartuk " iaitu bermaksud berhala yang disembah oleh orang-orang Yahudi sebelum kedatangan Islam. Ketika itu, Mustafa tertarik dengan perkataan itu dan meminta majlis mesyuarat agar memberi gelaran itu kepada beliau.

Ada satu kisah yang menceritakan tentang kehidupan keluarganya. Ayahnya bernama Ali Riza Efendi manakala ibunya bernama Zubaidah. Pada asalnya, bapanya merupakan seorang Yahudi Dunamah namun memeluk Islam setelah berkahwin dengan Zubaidah. Namun begitu, kehidupan masyarakat Yahudi Dunamah yang telah memeluk Islam tidak mengamalkan ajaran Islam. Mereka masih mengamalkan ajaran yahudi. Ada satu perayaan Yahudi Dunamah yang dinamakan " Malam Pesta Kambing ". Pada ketika itu, Ali dan Zubaidah hadir dalam majlis ini. Zubaidah berasal daripada keluarga yang alim. Zubaidah hadir ke majlis ini kerana suaminya menyatakan hanya meraikan majlis yang biasa sahaja. Semasa lampu-lampu majlis pesta kambing dipadamkan , semua mencari pasangan masing-masing untuk melakukan hubungan seks. Setelah beberapa hari kemudian, Zubaidah disahkan mengandung. Zubaidah dan suaminya sering bertelagah kerana menyatakan anak yang dikandung Zubaidah iaitu Mustafa bukan daripada hasil dengan Ali tetapi dengan rakan karib suaminya iaitu Abdul Muhsin Agha. Setelah Mustafa dilahirkan, Zubaidah berpendapat bahawa Mustafa mirip dengan Abdul Muhsin Agha bukannya dengan Ali. Ali mengharapkan dengan kelahiran Mustafa ini akan membawa tuah dan menjadi pemimpin yang terkemuka di Turki dengan menghancurkan sistem khalifah Uthmaniah. Manakala,Zubaidah bertentangan dengan suaminya iaitu mengharapkan Mustafa bakal menjadi anak yang soleh, hafiz dan pemimpin yang baik.

Kisah beliau menjadi pemimpin Turki bermula apabila dia dimasukkan ke sekolah tentera agar dia akan dapat menjawat jawatan tertinggi dalam ketenteraan. Banyak usaha yang dibuat oleh Mustafa agar dapat banyak pengaruh dengan kepimpinannya dalam ketenteraan antaranya menubuh partinya sendiri  iaitu parti Al-Wathan Wa Al-Huriyah. Disitulah bermulanya pengkhianatan Mustafa Kamal. Rusuhan 31 Mac merupakan agenda musuh Sultan Abd Hamid, Sultan Turki ketika itu bagi menjatuhkan baginda. Theodere yang amat membenci baginda mencari jalan agar sultan tersebut dapat digulingkan kerana hanya Orang Yahudi yang memusuhi baginda.Theodere Hertzl merupakan penulis Der Judenstaat ( negara yahudi ) atau pengasas negara Israel sekarang. Theodere sentiasa berusaha menubuhkan negara Israel di Palestin. Hal ini demikian kerana orang-orang yahudi menganggap Palestin merupakan negara yang dijanjikan kepada mereka yang terkandung dalam Kitab Taurat. Selain itu, Mustafa pun bekerjasama dengan British dan Eropah yang lain yang ingin menghancurkan khalifah uthmaniah. Mustafa sememangnya bekerjasama untuk mendapat jawatan yang paling tinggi di Turki iaitu Presiden.

Setelah Sultan Abd Hamid II berjaya digulingkan. Perancangan demi perancangan dibuat oleh Mustafa bagi menjadi Presiden dan menghapuskan sistem khalifah atau sultan dalam Turki. Semasa dia menjadi Presiden banyak perubahan yang dilakukannya secara drastik. Dia telah dipengaruhi oleh pemimpin eropah atau barat supaya dia dapat meniru pemerintahan mereka. Mustafa telah menukar undang-undang Islam kepada undang-undang Barat. 

PERUBAHAN TURKI SEMASA PEMERINTAHAN MUSTAFA KAMAL

1. Azan telah ditukar kepada bahasa Turki 
2. Tulisan ayat Al-Quran ditukar secara sepenuhnya kepada bahasa turki
3. Lelaki diwajibkan memakai topi barat dan dilarang memakai serban atau jubah
4. Wanita dibenarkan tidak memakai tudung
5. Sekolah Agama ditutup
6. Pendidikan berasakan lebih sekular dan menghapuskan pendidikan agama
7. Masjid Aya Sofia dijadikan muzium 
8. Masjid Sultan Muhammad Al-Fateh dijadikan gudang
9. Kementerian Wakaf dihapuskan 
...............................banyak lagi

Beliau banyak ditentang hebat oleh rakyat Turki yang mencintai Islam atas perubahan yang dilakukannya. Namun apakan daya yang mampu dilakukan oleh rakyat Turki, kerana sesiapa yang berani menghalang Presiden Turki iaitu Mustafa akan dihukum gantung. Tetapi ada seorang Tokoh Turki iaitu, Badiuzzaman Said Nursi yang cuba menegakkan kembali keimanan dan syariat Islam di Bumi Turki melalui penghasilan Risalah An-Nuur. Kalau nak tau tentang tokoh , bolehlah scroll down kat bawah ni ada enrti khas tentang beliau.

Semasa pengakhiran kehidupan Mustafa Kamal Antartuk, dia jatuh sakit dan semakin pelupa. Mungkin ini adalah balasan oleh Allah akibat kesombongannya yang menyatakan dialah yang paling berkuasa di dunia ni. Pada mulanya, Mustafa menyatakan dia tidak mahu mati. Tetapi, setelah Mustafa mengetahui dia meghidapi penyakit hepatitis, dia baru sedar yang ajalnya semakin dekat. Penyakitnya dikesan tahap kritikal akibat cara pemakanannya yang suka akan minuman keras. Dia sendiri mengaku bahawa dia tidak boleh tidak minum minuman keras itu walaupun sehari. Semakin lama perutnya semakin membesar kerana dia sudah lama tidak membuang air besar mahupun kecil. Setiap kali doktor peribadinya berjaya memcucuk perutnya agar cecair perutnya itu disingkirkan daripada perutnya, dia akan kembali kepada perangai lamanya iaitu meneguk air minuman keras.

Semasa hari terakhirnya, Mustafa menghembuskan nafas terakhirnya dengan mulutnya yang terbuka sambil lidahnya menjelir bagaikan mahu menerkam orang manakala tangannya tergenggam seperti mahu menumbuk orang. Di sini saya boleh katakan, amat dahsyat kisah kehidupannya itu. Ketika urusan jenazahnya juga amat sukar kerana berlaku perbalahan antara pemerintah yang menggantikannya iaitu Ishmet Inunu, pengganti Mustafa sebagai Presiden Turki. Ada cubaan untuk menanam jenazahnya di dalam kubur, namun keesokkannya lubang kuburnya berlubang sementara kerandanya di atas tanah. Selepas itu keranda timahnya itu ditempatkan di bangunan berdekatan kuburnya itu. 

Hal ini jelas bahawa seorang diktator seperti Mustafa Kamal Antartuk amat dibenci oleh rakyatnya sendiri. Kematiannya tidak ditangisi malahan diraikan oleh rakyat Islam Turki kerana berakhirnya pemerintahanyya yang amat teruk. Kemudiannya, jenazahnya bukan sahaja tidak diterima di Bumi Turki bahkan bumi Allah yang luas ini.

Kawan-kawan sekalian,

Ambillah ibrah dari kisah sejarah Mustafa Kamal Antartuk. Janganlah sesekali melanggar syariat Allah yang telah ditetapkan. Jadilah pemimpin Islam yang dapat menyatukan Islam dan rakyat. Kesombongannya tidak membawa makna apa-apa tetapi akan diazab di akhirat kelak. Sesungguhnya, Islam itu Indah, cuma dari diri kita sahaja mahu mengikutinya ataupun sebaliknya.


Hasil Ulasan : Balkis Fatiha

Moga Bermanfaat


You Might Also Like

1 komen kalian

Popular Posts