word: CABARAN

6:56 PM

Salam alaik

   " Hidup ni banyak cabaran." 

Ayat yang sering kudengar di telingaku dan sering terngiang-ngiang di mindaku oleh setiap bibir-bibir masyarakat dewasa kini. Wah, macam nak kembali zaman budak sekolah menengah balik, buat ayat karangan bagai. Tak pelah, apa salahnya. Selalunya, masa-masa begini aku dah kat kelas dan pilih jawatan yang akan disandang di dalam kelas. Tapi, itu semua kisah lama. Kini, aku dah tamatkan zaman sekolah aku dengan cemerlang, bolehlah dikatakan.

Aku budak lepasan SPM atau SPM Leavers. Baru aku tau rasa sebagai budak lepasan, rasanya macam budak menganggur pun ada. Pastinya. antara kami akan mengeluarkan kata-kata yang boleh kita jangkakan.

Ini conversation in Facebook antara Budak 1 dan budak 2:

Budak 1: Salam,Mat. Apa kau buat cuti-cuti ni sementara tunggu result?
Budak 2: Walaikumsalam, Sheikh. Entahlah, aku duduk kat rumah je. Tak tau nak buat ape. Boringlah.
Budak 1: Oh, ye ke. Aku pun sama. Tak da keje nak buat. Boring betullah. :(

Ha, betul tak kawan-kawan?.

Ya, aku pun mengalami situasi yang sama. Tapi, bila difikirkan balik. Sebenarnya, itulah cabaran kita yang pertama selepas melangkah keluar dari pintu pagar sekolah. Terfikir tak?

Baguslah, kalau terfikir. Allah tengah menguji umatNya samada kita ni pandai atasi ataupun tidak.
Sebab tu lah, kita mesti guna masa yang  free ni dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan menguntungkan kita. Cuba fikirkan tentang masa hadapan. Open minded sikit. Barulah, diri kita tak seperti katak di bawah tempurung. Asyik tersepit kat dunia yang kecil je. Lagi-lagi budak asrama macam aku.
Selalu, dalam dunia asrama, asrama dan asrama. Tak tau apa terjadi kat keluar. Macam lost contact gitu.

muslimagnet:

"Every second of every minute of every hour of every day of every week of every month of every year of every decade of our lives is an opportunity to do better than the previous one" ~ Mufti Ismail Menk
musliMagnet tumblr | @musliMagnet | Facebook
—————* thanks brother @masudzaheed for making this poster :)

Teringat pula kata-kata rakanku :
" bila dah keluar sekolah ni. Aku rasa minda aku dah terbuka sikit"

Faham tak maksud ayat di atas?

Dia cakap bila kita kat luar ni. Kita akan jumpa pelbagai jenis benda dan ragam manusia yang berbeza-beza. Dari situlah, kita mula terfikir apa yang terjadi sebenarnya di luar ni tak sama dengan kehidupan ketika di asrama. Kalau dulu, kita terikat dengan peraturan-peraturan yang memang kita malas nak patuh, tapi apakan daya. Tapi, sekarang. Kita bebas untuk melakukan apa sahaja. Tak de warden dan tak de cikgu yang akan tegur kita kat luar ni. It based on ourself, we stand by ourself alone. Whether we want choose right path or not. 

Jadi, masa ni sangat berharga tau. Cuba refresh balik surah Al-Asr (ayat 2 dan 3) :


A002
maksud : Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian 

A003
maksud: Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Jadi, sudah terang lagi bersuluh ayat di atas. Allah menyarankan kita guna masa tak kira bila, di mana dan dengan siapa dengan sebaiknya. Sempena tahun baru, kita top up iman kita. remove malas kita dan clean balik hati kita agar kita dapat beribadah dengan sempurna.

Memetik Riwayat Hadis Bukhari:

Seperti sabda Rasulullah SAW, 

“Dua nikmat yang banyak manusia tertipu dan rugi, iaitu kesihatan dan waktu lapang.”

Maka, renung-renungkan :)

Wassalam






You Might Also Like

2 komen kalian

Popular Posts