Word : Futur

7:05 PM

salam alai'k ya akhi ya ukhti ya semualah .

Masa aku dok baca status-status kat FB, aku ternampak satu perkataan yang amat janggal untuk aku yang tak pernah dengar. FUTUR.

mesti bagi budak yang tak ambil bahasa Arab ataupun bukan budak sekolah agama, confirm garu-garu kepala macam gitu juga aku. Ok. Aku akan cuba sedaya upaya untuk terangkan maksudnya sebenar.
Ada dua sahabat yang reply pertanyaan aku.

sahabat 1: maksud futur ni mudah putus asa. Lemah semangat. sort of
sahabat 2: maksud dia terputus dari sifat konsisten atau bersikap malas.

Thanks a lot for those above who help me. I am appreciate it:)

dah paham?
bagus. good student bak kata cikgu Hairoul, guru Chemist aku.

Apa yang boleh saya katakan. Rata-rata masyarakat dewasa kini memang jelas ada sikap futur dalam diri mereka. Dalam konteks ibadah, masyarakat Islam di Malaysia kebanyakkannya memang ada kefuturan ini dalam beribadah. Kadang-kadang, kita lupa, lalai, alpa, apa lagi lost dari mengingati Allah kerana disebabkan alat-alat teknologi yang canggih bagai. Tangan kita tak lepas dari tak pegang Iphone , SmartPhone 24 jam sehari. Gara-gara nak update status kat Facebook, Twitter  dan segala laman sosial.
Sampai solat fardhu last minute. Buka Al-Quran pun jarang-jarang, kadang-kadang. Macam style P. Ramlee pulak dalam filem Pak Belalang.

hijabiz:

Protector is One, Allah

The Protector
The Guardian 
The One Who Overseeing 
The One Who Offer Security 
Allah is Al…

View Post


Aku tahu. Anda tahu. Dan kita tahu.

Semua nak istiqamah dalam ibadah. Tapi bila ada sikap futur, direct on the spot badan ni mula dah meragam. Macam orang mengandung. Mula nak buat alasan malas lah, tak ada masa lah. Kalau boleh nak buat list 100 alasan terus. Iman kita ni macam roda basikal. Sejak naik, sejak turun. Sebab tu lah, kita mesti lawan sikap malas, futur kita ni jangan sampai jadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Bahaya tu.

Bercerita tentang istiqamah,

Sebenarnya, banyak dugaan bila kita nak mula beristiqamah terutamanya dalam ibadah dan jalan dakwah ni.
Terutamanya selepas bulan ramadhan habis. Kebanyakkan antara kita ni macam alim gitu dalam bulan puasa. Bangun sahur. Qiammullail. Solat tahajjud. Amalkan sunnah nabi. Solat Terawih  full. Baca Al-Quran setiap hari. Tapi bila dah masuk bulan Syawal iaitu hari raya. Automatically, kita terus berubah balik seperti sedia kala semasa bulan sya'ban.Ni sikap yang harus dijauhi.

Sepatutnya., kita ambil peluang yang Allah dah bagi masa puasa hari tu untuk kita jadikan dan tanamkan bulan-bulan selain bulan ramadhan seperti bulan ramadhan. Barulah, kita rasa hari-hari macam bulan puasa.
Kita harus didik hati kita untuk istiqamah dan tak mudah putus asa dari terus beribadah.

Cuba hayati ayat Al-Quran di bawah ni :

... وَ مَنْ يَّقْنَطُ مِنْ رَّحْمَةِ رَبّه اِلاَّ الضَّآلُّوْنَ.

maksud: ... tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat.

[ surah Al-Hijr: 56 ]

Pernah saya teringat dalam program Dialog Harmoni di TV Al-Hijrah. Ada seorang penceramah menyampaikan tazkirah di mana janganlah kita putus asa daripada rahmat Allah sedangkan pengampunan Allah itu lebih luas daripada kesalahan yang kita buat.

Maka, jika kita rasa semasa dalam hidup kita, ada buat perkara yang mendatangkan dosa. Cepat-cepatlah bertaubat. Allah sentiasa menunggu kita. Sentiasalah bersujud kepada Allah Taala dan memohon ampun atas dosa-dosa yang lepas. Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.]I

INGAT!

Cuba dan cuba kita pupuk diri kita untuk sentiasa Istiqamah, jangan pupuk diri kita untuk Futur ye.

Nota dakwah ni khas untuk diriku yang khilaf dan anda semua.
Semoga bermanfaat :)










You Might Also Like

0 komen kalian

Popular Posts