IKON SYABAB : YAHYA BIN YAHYA

4:23 AM



bismillahirrahmanirrahim.

Pernah tak kita terfikir untuk mengetahui siapakah ikon syabab ( pemuda ) pada masa ini yang boleh kita contohi dan ikuti. Sejujurnya saya pun mencari-cari siapakah beliau ? . Ketika saya membuka TV siaran Al-Hijrah iaitu rancangan Assalammualaikum. Saya telah mendengar kisah seorang syabab iaitu :

Kisah Yahya Bin Yahya.

Beliau merupakan anak murid kepada Imam Malik dan seorang ulama yang berasal daripada Andalus. Beliau dengan gigihnya merantau ke Madinah untuk menuntut ilmu dengan Imam Malik bin Anas. Jika anda ingin tahu, semua ulama terdahulu suka merantau untuk mencari ilmu kecuali Imam Malik bin Anas. Hal ini kerana Imam Malik tinggal di Madinah. Tambahan , Madinah memang merupakan tempat berkumpulnya ulama-ulama yang tersohor. Maka tidak hairanlah kenapa Imam Malik tidak merantau seperti ulama-ulama yang lain. Setiap hari, Yahya bin Yahya duduk di Majlis Imam Malik dengan tekun untuk menimba ilmu hadis, fiqah dan akhlak daripada Imam Malik.

Pada suatu hari, ketika Imam Malik dan anak muridnya sedang menjalani sesi pembelanjaran , tiba-tiba ada seekor gajah melintas dihadapan mereka. Jika anda ingin tahu, pada masa itu haiwan ini sangat jarang-jarang terlihat di negeri Arab lebih-lebih lagi Madinah. Pada masa yang sama, anak-anak murid Imam Malik dengan bergegasnya terus keluar untuk melihat gajah itu.

Namun begitu, Yahya tidak menyertai rakannya yang lain bahkan terus tekun duduk di majlis ilmu itu. Beliau terus mendengar pengajaran gurunya, Imam Malik bertanya " Mengapakah kamu tidak keluar melihat gajah ? , bukankah haiwan ini tidak ada di negeri mu? " . Maka jawab Yahya "Aku keluar dari Andalus bukan untuk melihat gajah . Tapi, aku mahu berjumpa kamudan mempelajari ilmu serta adab kamu " .

Imam Malik sangat kagum dengan jawapan ini. Beliau pun memberinya gelaran " Tokoh Cerdas dari Andalus"


.....................................

Saya sungguh kagum dengan pendirian beliau yang sangat teguh atau dalam bahasa Inggeris
 " STEADFASTNESS". Banyak ibrah yang boleh kita ambil dari kisah beliau. Antaranya :

1. Niat merupakan kunci utama dalam sesuatu amal. Jika kita berniat lillahitaala maka kita akan dapat pahala , tetapi jika kita niat kerana keduniaan maka keduniaan lah yang kita akan dapat.

2. Matlamat itu juga merupakan anak kunci kepada kunci tadi. Dalam menuntut ilmu, kita harus letakkan matlamat yang baik seperti Yahya Bin Yahya dimana beliau tidak berganjak walau sedikitpun dari tempat duduk beliau apabila gajah melintas beliau ketika majlis ilmu sedang dijalankan.

3. Syabab pada era moden ini perlu ada pendirian yang teguh untuk menangkis segala tomahan dan keburukan yang menimpa kita. Keyakinan itu penting.

4. Ilmu itu kita harus cari. Kerna Ilmu kita boleh mengatasi jahiliyah.


sumber : TV Al-hijrah . Assalamualaikum.

You Might Also Like

1 komen kalian

Popular Posts