TIPS LULUS TEST JPJ KERETA

7:29 PM

Salam alaik,

Tarikh 10.2.2014 merupakan hari keramat buat aku. Kenapa ? , sebab hari ni merupakan hari penting buat aku untuk menghadapi pakcik -pakcik JPJ yang garang tapi hati konpom cair punya la, ahaks. Jadi, sepanjang entry ni aku akan cerita pengalaman best aku sepanjang test ni seh.

Korang tau kan nak lulus test jpj ni penting kerana lesen merupakan aset penting buat kita semua, terutamanya bila ada anak-anak nanti aisehh. Aku hampir 2 bulan setengah nak ambil lesen ni dari akhir bulan 11 hingga awal bulan 2. Aku amik test kat papar, sebab tak ramai orang sangat berbanding kk.
Pada awalnya, aku nak sangat cikgu perempuan, tapi last2 dapat cikgu lelaki, muda lagitu. Tapi , tak salah dalam mengajar berhubung dengan pihak lelaki. Jadi, yang penting tu kita nak belajar bukan ape2 kan. Seh.
Perkara paling best cikgu aku memang sempoi la dan best, pergi mengajar pun pakai selipar.

So,selepas saya menerima lesen L. Jadi, saya ada tempoh sebulan untuk mendaftarkan diri dalam test. So, dalam tempoh sebulan tu aku perlu menghabiskan kelas 8 jam. Tapi perkara paling best, sebab cikgu aku bagi peluang kat aku untuk jadi drive dia pergi dan balik. Jauh tu dari akademi pergi rumah. Merentasi sungai dan bukit bukau. Taula jugak macamana nak drive bila kat bukit.

Pada hari ahad sepatutnya aku ada QTI, cikgu aku bilang turun kelas nanti. Tapi,aku tunggu kena telepon, tak berdering-dering, so aku terlepon aunty, tiada la pulak. Nah, ndak aku gemuruh sudahlah keesokkan dia test, sudahlah tiada pra test. Aku ingat cikgu aku tertidur ka rupanya dia terlupa. Tak pelah.

Pada hari test, ingat cikgu aku ambil la jam 7 pagi, seh, rupa-rupanya terlambat jugak jam 8.30 gitu. Gara-gara tengok bola MU, sehh. Biasalah. Ok. Jadi, dia suruh la aku pi test sana bukit,parking, sama 3 penjuru.
Paling manang la, last-last try bukit sebelum test betul2, aku gabra tahap maksima, boleh kereta aku terundur. berdoa sajalah. cikgu aku sempat lagi cakap, jangan kelam-kabut. Ok, stay calm and cool.

So , aku ambil giliran dapat nombor 4. Wah, awal tu. Best la jugak. Start . Nombor 1 kena panggil. Kami semua tengok, bukit wah kakak tu lepas smooth je. Lepastu, no 2 kena panggil masuk kereta untuk bukit. Tengok macam sebaya dengan aku. Dia tyme atas bukit termati engine sebelum turun, tapi sebnarnya mati enjin masih lulus. Aku pun baru tau hehe. Lepastu no3, tapi takde yang pergi, terus nombor aku kena panggil. Sempat lagi aku tengok kakak yang no 1, terkandas kat parking, Aku pun blank.





My turn:

BUKIT-

aku start engine, pakai seat belt, masuk gear 1, turun hand brake, baca bismillah banyak, salawat. aku gerak naik pelan2 , bila dah nak dektt kat tiang first tu aku tekan clutch spya lmbt skit, dan direct tekan clutch habis + brek, woah ngam dalam garisan kuning. Naik hand brek, angkat tangan, Jpj cakap ok, aku clutch tekan habis, tekan minyak smp meter 3, naik clutch smp meter 1, tekan minyak smp meter 3 balik, turun hand brek. Akhirnya aku turun bukit dengan jayanya, brek pelan 2 tau

p/s: actually,aku kat atas bukit tu termati engine sebab clutch dia terlampau rendah betul. Nasib baik boleh. Hehe, padahal dalam hati, takut sudah

PARKING

macam biasalah buat sahaja mcmana cikgu kamu ajar:)
Yang penting jangan langgar tiang dan jangan lupa ANGKAT TANGAN bila rasa kereta betul masuk2 tu parking

TIGA PENJURU

ni paling best sebab mesti ada 3 olah pergerakan sahaja. Tak boleh mati enjin dalam tiga penjuru.
Angkat tangan. Gear 1, turun hand brake, jalan masuk, bila smp tiang k4 terus pusing kanan habis smbil tkan clutch skit untuk proses persediaan brek dan tekan brek habis dan clutch. Pusing stereng kiri habis, dan reverse jgn smp terlanggar tiang, brek, bila kereta dah lurus, pusing stereng kanan habis dan keluarr.

dan bila teda jpj cakap turun dari kreta dalam ketiiga-ketiga ni, maknanya anda LULUS BAHANGIAN 2,
alhamdulillah dan mulut aku tak lepas-lepas ccakap alhamdulillah banyak, dan masuk bilik kuliah balik untuk test on the road. Aku dapat kereta viva no 2, nak tau siapa jpj dia,ok Ketua JpJ OK. dan dapat laluan A, yang senang la jugak.

 Sementara menunggu turn, aku berborak dengan peseta no 2 tadi, wah kami sama,lulus bhgn 2.Kami berborak2 kosong, rupanya dia bekas majakir papar. Wah kawan Aida ni. haha. Then , ramai la pserta yang lain tanya sesama kami lulus ke tidak. Kami dapat tahu ramai yang gagal di bukit. Bila kamu dah gagal bukit, kamu secara automatik akan gagal terus untuk bahagian 2 ataupun tak dapat teruskan parking dan 3 penjuru. Sama kalau mati enjin di 3 penjuru gagal jugak untuk bahagiann 2 huhu, sedihkan.

so, at last, my turn sudah. saya masuk lah kereta.

TIPS ON THE ROAD:

1. bagi salam sama jpj tu , senyum seh. secara tidak langsung, ada connection di situ. tak lah jpj tu jadi tunggul je kan di situ. haha, even muka garang sehh
2.betulkan tempat duduk
3. betulkan cermin sisi dan belakang
4. pakai seat belt
5. tentukan gear bebas dan hidup enjin
6.cakap, cik, boleh cek sekarang?
7. cek wiper, signal, lampu kecemasan dan tekan hon
8. masuk gear 1,turun hand brek
9, lepas clutch slow2, dan tekan minyak sikit smp jalan.
10. bila laju sikit smp meter 3 baru tukar gear seterusnya

MEMANDU DI ROUNABOUT

1. Guna gear 1/2
2. Beri laluan kepada kereta dari sebelah kanan
3. Pandai main clutch dan brek
4. Jangan lupa signal dulu ok:)

MEMANDU DI TRAFFIC LIGHT

1. Berhati-hati
2.  Slowkan kenderaan
3. Bila nampak lampu isyarat bertukar kuning, mean kita mesti berhenti
4. Tukar gear smp gear 2, baru bila berhenti baru gear 1
5. Gear bebas dan naik hand brek, brek kaki jgn lepas
6. 10 saat sblm green light naik gear 1
7. 5 saat turun hand brek
8. bila hijau, jalan

MEMANDU DI JALAN RAYA

SEKOLAH - 30KM
JALAN KAMPUNG - 20-40 KM
JALAN SEMPIT- 20 KM
JALAN RAYA- 60KM

patuhi had laju, jangan lebih.

BERHENTI DI PERSIMPANGAN

1. Bagi signal dulu, lorong hendak pergi
2. gear bebas dan naik hand brek

Masuk simpang ke akademi, signal kiri baru parkig tempat biasa, jangan lupa cakap terima kasih even lulus atau gagal okay :)

Aku haritu ada buat 2 kesalah which is

1. guna gear tak ikut kelajuan
2. penggunaan gear kaki dan tangan

Ada satu kisah, ngam2 masa aku drive hujan, haha, ada ka patut aku tanya kat uncle JPJ TU, nak on wiper ke?, dengan garang dia balas, " memangla, ingat tyme test je:, nah keluar sudah belang dia haha, at least aku tanya kan. Bila dah kat roundabout tu, hujan plak berhenti, tp wiper still on, lpstu dia cakap, awak mmndu macam ribut taupan, aku paham, aku lupa nak tutp tu wiper kahkah, aku tutuplah tu wiper, ahhh tu baru betul, seh seram sudah aku huhu,

Tapi,last2 aku nak terima kasih sebab jpj la aku lulus, dapat la 18/20

markah lulus 16/20 :)

so aku lulus untuk kedua2 bahgian untuk pertama kali, hehe. ni berkat cikgu aku jugak yang ajar.

so sekarang aku dah boleh drifttttttt

yang penting jangan nervous masa mmndu sbb, one of the reason punca gagal, kerana nervous dan gabra smp lupa nak buat ape huhu, dan satu lagi jangan kelam kabut ok. Banyak2 berdoa, solat hajat, InshaAllah lulus tu. yang penting jangan malu , sebab ramai yang tengok masa tu, untuk perempuan, kalau dapat jpj hensem ke, panggil la abang haha, konpom cair tu dia bagi lulus punyelah. hehe lawak saje. Pandai2 la mengayat yer.

GOOD LUCK KORANG :)

You Might Also Like

6 komen kalian

Popular Posts