Word: Aturan

8:41 PM

Maghrib.

Setiap kali buka tv Al-Hijrah, mesti tengok program Al-Khawateer (Thoughts ). Banyak isu yang dikupas melalui program ini untuk menyedarkan umat Islam zaman sekarang. 

Tapi, ada satu episod yang aku minat sangat nak share kat kawan-kawan sekalian.
Tajuk : Aturan

Aturan?

Conform sekarang ni tengah garu-garu kepala, apasal nak cerita pasal aturan ni?

Begini.
Aturan ni kita boleh kaitkan kepada banyak benda. Sebagai contoh, aturan bumi. Dalam fakta Sains, bumi berpusing mengikut paksinya dan bergerak berlawanan arah jam, kan? . Fuhh, nasib baik ingat.

Sebenarnya, Allah suka sangat aturan secara berperingkat. 
Apa buktinya?

Jika korang pernah belajar agama, proses penciptaan langit dan bumi atau alam semesta adalah 6 masa.
Means, Allah cipta semua ni secara berperingkat. Dari sejumlah ayat Al-Qur’an yang berkaitan dengan enam masa, Surat An-Nazi’at ayat 27-33 di atas tampaknya dapat menjelaskan tahapan enam masa secara kronologis.
    
     بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ      
27. Apakah kamu lebih sulit penciptaanya ataukah langit? Allah telah membinanya, 28. Dia meninggikan bangunannya lalu menyempurnakannya,  29. dan Dia menjadikan malamnya gelap gulita, dan menjadikan siangnya terang benderang. 30. Dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya. 31. Ia memancarkan daripadanya mata airnya, dan (menumbuhkan) tumbuh-tumbuhannya. 32. Dan gunung-gunung dipancangkan-Nya dengan teguh, 33. (semua itu) untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakmu. - Surah An Naazi´aat ayat 27-33


Walau bagaimanapun, ciptaan Allah boleh musnah begitu sahaja mengikut kehendakNya. Jika Allah nak turunkan bencana dengan mengatakan Kun Fayakun ( Jadi maka Jadikanlah ), bumi ini secara sekelip mata bisa hancur tanpa menunggu kita.

Begitu juga dengan kita.

Bagi budak Science Stream, korang tentu dah belajar bagaimana proses pembentukan manusia wujud?
Alah, dalam subjek Biologi dah sebut. Bermula dari penyatuan ovum dan sperma kan? - Zygote terbentuk - Embryo- Morulla- Blastocyte- Melekat kat Endomerthium- barulah baby tu membesar-
Sungguh, indah Allah menciptakan kita Manusia mengikut aturan secara berperingkat.
Namun, Allah juga boleh mencabut nyawa kita pada bila-bila masa, maut dimana-mana secara sekelip mata tanpa diduga.

Faham tak?

Kalau tak faham, apa yang saya katakan di atas, begini.
Bayangkan

Kita nak bina sebuah bangunan. Tapi kita mesti sediakan bahan dulu nak bina, lepastu kita mesti ada perancangan yang teratur sebelum membinanya. Kita akan bina mula dari bawah dulu kemudian barulah kita sambung untuk bina bahagian di atas. Kita membinanya menggunakan masa begitu lama. Namun, jika kita ingin merobohkan bangunan, kita tak perlukan masa yang banyak, ia boleh dirobohkan dengan sekejap sahaja.

Ha, begitulah ceritanya.
..............................................................................................................
Jika kita dulu, seorang pencuri, seorang budak nakal ataupun sering melakukan dosa.
Pastinya, kita ingin bertaubat atas kesilapan lalu. kerna Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Hijrah adalah pilihan terbaik kita. Semestinya, berhijrah dari keburukan ke arah kebaikan.
Tapi, alangkah moleknya jika kita berhijrah secara berperingkat.
Bukan secara mendadak ataupun mengejut.
Hal ini amat merisaukan, jika kita berhijrah secara direct , Takut. Apa yang kita buat selama ni, tidak kekal
hingga selamanya.

Contohnya, kita qiamullail, solat sunat, hafaz Al-Quran dan sebagainya. Tapi selepas 2 minggu, kita balik
kepada keadaan asal kita balik. Hmm, ni yang payahnya.

Apa yang kita mahu adalah perubahan yang baik itu kekal hingga akhir hayat.

Kita boleh cuba dengan puasa sunat Isnin dan Khamis dulu.
Kalau kita dah biasakan,kita boleh cuba untuk ibadah lain seperti solat sunat dhuha,
And so on.

hijabiz:

Choose only Allah <3 
and you shall be safe :) 

InshaAllah, dengan cara ni kita boleh Istiqamah dalam beribadah hingga ajal kita tiba.
   ......................................................................................................

Itu soal hijrah.

Sekarang isu ketamadunan,

Kalau kita teliti budak zaman sekarang ni lebih kepada style barat. Betul tak?
Kenapa?

Sebab, tamadun barat sekarang ni lebih besar daripada tamadun-tamadun yang lain.

Cer bayangkan  :

Sebuah magnet mampu menarik logam-logam yang kecil dengan mudahnya. Logam kecil tersebut akan terikut oleh daya tarikan megnet tadi.
Begitu juga Tamadun.
Tamadun yang besar mampu menarik pengaruh kepada tamadun-tamadun yang kecil. Seperti tamadun barat nilah

Jika dahulu,
Tamadun Islam begitu besar pengaruhnya sehingga ke Perancis, Rusia dan lain-lain.
Sehingga mereka sanggup pergi ke negara Arab untuk mempelajari bahasa Arab dan mengikut style pemakaian Arab. Bahkan, mereka juga bangga jika mereka dapat bercakap dalam bahasa Arab di negara Eropah dorang.

Tapi kini, 
Sebaliknya. Zaman dah berubah.

Kalau kita kekalkan identiti Islam dalam diri. InshaAllah, yang lain akan tertarik.
  .................................................................................................................

Pursuit of happiness

Ingat!

Sungguh indah Allah dah tentukan bahawa setiap kesusahan yang dilalui pada mulanya, akan disusuli dengan kesenangan kemudiannya

Allah bagi kita banyak masa,
Namun kita lebihkan dok media massa,

Allah bagi kita nyawa,
tapi kita anggap ia sambil lewa.

Dunia diutamakan,
Akhirat diketepikan.

Kalau itu prinsip hidup kita,
Apakah itu jawapan kita di hadapan Allah kelak?


Wassalam :))



You Might Also Like

2 komen kalian

Popular Posts