La Taghtar ( Jangan Sombong )

6:54 PM

Salam alaik.

Perkataan hari ni ialah Jangan Takbur.

Takbur ni kebiasaannya dipanggil sombong, hidung tinggi. Dalam bahasa arab, taghtar (sombong). In English word is Stubborn. Habis.



Kadang-kadang benda ni pun boleh dikaitkan dengan riya' secara tidak langsung. Kenapa? Sebab sombong ngan riyak tak beza pun. Hehe . Ok buat lawak pulak.

Dalam kehidupan serba moden ni, kita rasa macam selesa sangat kan. Al-maklumlah, dunia penuh dengan teknologi. Hampir semua orang ada phone masing-masing. Internet di mana-mana sahaja. Tekan "wifi" , ada line. ada coverage. Tapi, jangan sampai benda begini boleh membuatkan kita sombong dengan orang lain apatah lagi dengan Allah Taala.

Sehingga satu saat nanti kita kata, bahawa zaman kita lebih canggih dan bagus dari zaman para anbiya' dahulu. Ha ! Tu dah menunjukkan kita sombong dengan apa yang kita miliki sekarang. Cubalah berpijak bumi yang nyata dulu. Kalau bukan mereka termasuk para tokoh ilmuwan Islam terdahulu yang mengkaji segala ilmu yang kita belajar hari ini, tak mungkin kita dapat merasai kehidupan yang selesa ni tau.

Ingatlah, Allah mampu memusnahkan apa yang kita miliki sekarang secara sekelip mata. !

Sebagai contoh,

Kisah Firaun.
Dia merupakan raja Mesir ketika zaman Nabi Allah Musa A.S. Dengan pencapaian yang dia capai kerana mempunyai tamadun Mesir yang hebat dan mengakui bahawa semua itulah adalah atas kuasanya. Dia mendabik dada dan menggelarkan dirinya sebagai Tuhan.

Tapi, apa yang telah berlaku semasa akhr kehidupannya, bumi tidak menerima jasad firaun. Wa Allahulam.



Inilah bukti paling jelas Allah tak suka orang yang sombong terhadap diri sedangkan ada lagi yang Maha berkuasa berbanding manusia yang lemah. Sememangnya manusia dilahirkan secara lemah, ingat tu.

Wahai Anak Adam,

La Taghtar ( Janganlah Sombong )

Begitu jugak kisah Benito Mussolini, pemimpin Itali. Beliau mengatakan  bahawa negara Itali merupakan negara terhebat dan tiada siapa yang boleh tandinginya.



Namun, pada pengakhiran kehidupannya.
Dia mati ditembak dan digantung di hadapan orang ramai. Setinggi-tinggi tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Itulah peribahasa yang paling tepat tentang kisah pemimpin Itali.



Wahai anak Adam !

La Taghtar ( Jangan Sombong )

Sama seperti kecantikan. Jika masa kita muda, kita diberi kecantikan yang tidak tolok bandingnya. Jangan lah sesekali kita sombong dengan anugerah Ilahi. Hal ini kerana, lama-kelamaan, kecantikan kita tu tak kekal sebab kita semua jugak akan melalui merasa zaman tuanya tu.

Jadi, kalau kita kahwin seseorang tu kerana kecantikan. Jangan menyesal, sampai satu hari nanti, dia tidak sukakan kamu kerana kamu tidak cantik. Jadi, refresh balik niat tu, tajdid balik, kita nikah tu sebab orang ke sebab Allah Taala. Deep !

Cer cek balik ayat Surah Al-Luqman : Ayat 18


maksud :

Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.



Maka, Allah dah ingatkan kita jangan sombong. Sebab Allah murka orang yang bersifat sombong bak kata pepatah ikut resmi padi, jangan ikut resmi lalang.


Noktah.


Sumber : Rancangan Al-Khawateer Siri 3 ( Al-Hijrah )

You Might Also Like

2 komen kalian

Popular Posts