Review Book : Badiuzzaman Said Nursi

8:00 PM

              


Hari ni nak buat ' review ' atau ulasan tentang sebuah sejarah Islam yang telah terkenal di seluruh dunia. Baru-baru ni saya dah beli sebuah buku hasil tulisan oleh Abdul Latip Talib. Kebanyakkannya beliau banyak menulis tentang sejarah ulama-ulama dan tokoh-tokoh Islam terdahulu. Ini merupakan salah satu inisiatif beliau agar anak muda seperti saya dapat mengetahui sejarah Islam lebih mendalam.

Secara ringkasnya, Badiuzzaman Said Nursi merupakan ulama Turki yang terkenal sekitar tahun 1900 ++. Nampaknya beliau hidup pada zaman atuk dan nenek saya. Beliau dikenali sebagai Pejuang dan Pemikir Islam Turki. Nama sebenarnya ialah Said. Nama terkenal Said Nursi. Nama '' Nursi '' diambil kerana beliau dilahirkan di Nurs, Turki. Jika sebelum ini saya mengaggap Said Nursi merupakan namanya. Tetapi anggapan saya salah setelah membaca sejarahnya. Panggilan Badiuzzaman, pula adalah gelarannya semasa beliau menjadi ulama dan pejuang Islam pada ketika itu. Jika tidak silap saya, Badiuzzaman bermaksud " keindahan pada zaman itu " .

Beliau banyak menghasilkan karya tentang Islam. Salah satu karya beliau yang terkenal ialah Risalah An;Nuur. Setelah saya baca sejarah beliau. Saya mendapati beliau banyak menghabiskan masa hidup beliau dengan menghasilkan Risalah An-Nuur. Saya boleh katakan penghasilan Risalah An-Nuur amat susah sebenarnya. Faktornya adalah beliau menghasilkan karya ini semasa beliau dipenjara.
Sesungguhnya Tokoh Islam Turki ini menempuh pelbagai dugaan dan cabaran untuk menegakkan syariat Islam di Turki terutamanya semasa pemerintahan Mustafa Kamal Antartuk. Jika kita tahu, Mustafa Kamal merupakan presiden pertama Turki yang berjaya menumbangkan Khalifah Uthmaniah di Turki, Dengan cara apa? Mustafa menukarkan sistem Khalifah dan Pentadbiran Islam seratus peratus ke sistem Barat dan Eropah sepenuhnya.

Pada masa yang sama, Said Nursi menerima banyak tentangan oleh musuh-musuh Islam terutamanya Mustafa Kamal. Beliau semestinya mau menegakkan Islam dengan itu beliau menghasilkan karya Risalah An-Nuur. Disebabkan, beliau mempunyai banyak musuh yang tidak suka Turki menjadi Negara Islam. Beliau seringkali dituduh cuba untuk menentang kerajaan dan membuat satu gerakan " underdog" atau bawah tanah untuk tentang kerajaan. Saya boleh melihat banyak masa beliau habis di penjara. Hal ini kerana, beliau sering ditangkap hampir berpuluhan kali kerana dituduh cuba membuat gerakan haram menentang kerajaan. Namun ini tidak mematahkan semangat Badiuzzaman untuk berdakwah dan menegakkan Islam di Bumi Turki.

Kehebatan beliau ialah pandai berdebat dengan ahli debat yang lain. Selain itu, beliau juga bijak dalam menepis segala tuduhan yang dikenakan kepada beliau. Sesungguhnya, beliau menggunakan kebolehan beliau untuk berdakwah dengan masyarakat setempat walaupun banduan sekalipun. Saya boleh melihat kejayaan beliau yang saya amat kagumi apabila beliau mampu berdakwah dan menjadikan banduan yang dipenjara bersama-sama beliau kembali kepada Islam. Beliau juga dapat menubuhkan Sekolah di setiap penjara beliau duduk.

Berbicara tentang Risalah An-Nuur pula. Risalah ini berjaya menarik ramai orang Islam kepada agama Islam. Isi kandungan risalah tersebut banyak membicarakan tentang Keimanan dengan pentafsiran Al-Quran. Saya ingat lagi kata-kata tokoh ini yang berbunyi, " Sesungguhnya aku bukanlah ahli sufi.Sesungguhnya manusia boleh masuk syurga tanpa menjadi Ahli Sufi , namun mereka tidak dapat masuk Syurga tanpa keimanan kepada yang Esa" . Di sini, menunjukkan beliau menekankan Keimanan dalan risalah beliau untuk masyarakat setempat. Akhirnya, Risalah An-Nuur menemui kejayaan apabila dapat disebarkan ke seluruh Turki secara senyap.

Kata-Kata beliau yang saya ingati.

" Bukannya aku yang sakit, tapi umat dan negara ini yang sakit. Aku datang ke sini bagi mengubati penyakit mereka dengan harapan dapat selamatkan mereka "


" Sesungguhnya punca kemunduran dan buruknya situasi yang kita hadapi adalah kerana tidak memelihara syariat"

Salah satu karya beliau tentang Bismillah . Ada menulis, Mengapakah kita mengagung-agungkan orang yang memberi nikmat kepada kita, sedangkan nikmat itu kepunyaan dan diberikan oleh Si Pemberi Nikmat yang Maha Esa ?

Renung-renungkan....

Mudah-mudahan dengan ulasan yang saya tulis ini dapat membuka masyarakat kita untuk menimba ilmu pengetahuan samada Ilmu dunia mahupun akhirat. Kerana dengan ilmu kita dapat menentang kejahilan kita pada masa sekarang


Semoga Allah merahmati Ulama Turki ini dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amun. Al-Fatihah.

You Might Also Like

0 komen kalian

Popular Posts