Review Buku : Merantau Ke Deli

11:31 PM



Penulis : Hamka
Muka surat : 232
Rating : 10/10
Genre : Kehidupan

Buku kali ini memaparkan kisah perkahwinan. Saya tak tahu kenapa beli buku ini, tapi hati saya kata nak untuk baca buku ini. Saya dapat menghabiskan buku ini selama 3 hari, tahniah untuk diri saya sendiri.

Kisahnya tentang seorang lelaki yang merantau merupakan seorang anak kelahiran minangkabau dan berkahwin dengan seorang gadis kuli muda cantik kelahiran bangsa jawa. Lelaki tersebut namanya leman dan gadis itu pula poniem. Leman jatuh hati kepada poniem, tetapi pada masa itu si Leman tahu bahawa gadis kesukaannya itu isteri peliharaan mandur besar. Tapi setelah poniem menceritakan kisahnya yang memang belum bernikah dengan mandurnya, hanya sekadar meminta perlindungan dari orang tua tersebut, Leman berhasrat ingin menjadikan Poniem sebagai suri hatinya. Akhirnya mereka melarikan diri dan berkahwin.

Kata leman :
Perkahwinan adalah satu tujuan yang suci dari segenap manusia lelaki dan perempuan. Tiga kali kita menyeberang hidup,  apabila ketiga kalinya telah terseberangi dengan selamat, bahagialah kita. Pertama hari kelahiran, hari suci. Kedua hari perkahwinan, hari bakti. Ketiga hari kematian, hari yang sejati.
Dan bagi saya cerita ini banyak mengajar saya :

1. Hakikat rumah tangga


  • Kalau sebelum ini, kita merasakan rumah tangga kita tenang dan berdiri kukuh. Akan ada satu saat, kita merasakan gelora dan ombak dalam perkahwinan. Mungkin disebabkan kita kurang pertimbangan atau sifat toleransi antara pasangan suami isteri. Contohnya, dalam kisah ini Leman berkahwin dengan Poniem,gadis jawa. Beberapa tahun selepas itu, mereka masih belum menimang cahaya mata. Leman terhimpit dua perasaan samada memilih poniem sahaja ataupun berkahwin lagi demi pandangan kaum kerabatnya yang mementingkan darjat dan keturunan.
2. Adat Minangkabau vs Adat Jawa


  • Dalam kisah ini juga memasukkan elemen kepentingan adat. Masyarakat masa itu amat mementingkan adat terutamanya minang.
  • Adat minangkabau terkenal dengan si suami tiada hak sepenuhnya ke atas si isteri. Kerana mamaknya juga ada hak ke atas anak perempuannya. Si suami hanya pak turut adat sahaja dan isteri akan memegang rumah tangga. Anak-anak yang dilahirkan akan mengikut suku ibunya bukan bapanya. Harta benda bukan juga milik  rumah tangga mereka, tapi kaum kerabatnya.
  • Berlainan adat jawa, banyak menerapkan konsep toleransi dan bertimbang rasa sesama pasangan. Mereka berkongsi hidup sehingga kan bila mereka bercerai hartanya akan dibahagikan 2 disebabkan hasil pencarian mereka berdua.
3. Watak yang banyak pengajaran


  • Poniem : seorang perempuan jawa, dan isteri Leman yang setia. Selama dia berkahwin dengan leman,tidak pernah memandang harta dan darjat keturunannya. Dia menerima Leman seadanya. Poniem juga seorang Isteri yang solehah, banyak membantu Leman dari segi perniagaan sehingga berjaya membuka banyak kedai di sekitar tempat tinggal mereka. Kiranya, dia berkongsi hidup dengan Leman. Tidak pernah merungut malah lagi bersyukur.Ajaib sungguh susuk tubuh wanita ini, boleh dijadikan role model .

  • Leman : Seorang ahli perniagaan. Banyak dibantu oleh isterinya, Poniem. Namun setelah kejadian dia berkahwin lain lagi, anak perawan sama suku minangkabau. Hidup Leman berubah. Leman yang dahulu sabar, namun kini dia lebih cepat marah. Dek kerana dia terpaksa menghadapi masalah dalam perkahwinan kedua duanya. Akhirnya, Leman melanggar janji setianya kepada Poniem bila poniem dijatuhkan hukum cerai ke atasnya. Kerana dia memilih isteri yang muda biarpun isteri mudanya bukan seperti poniem. Langsung tidak.
Cinta adalah penyatuan dua hati, sehinggalah takdir berkata sebaliknya.

Moral :

Dalam kehidupan perkahwinan ini, bukan semuanya indah-indah belaka. Pasti ada pasang dan surutnya. Sebagai pasangan suami isteri perlu ada nilai bertimbang rasa dan toleransi dalam hubungan mereka. Itulah yang menjadi benteng perkahwinan terus dan terus bahagia hingga akhir hayat.

Pernah terdengar kisah nabi ayub A. S dan isterinya Rahmah. Selama 80 Tahun mereka diberi nikmat kesihatan,harta yang banyak dan anak-anak yang baik.
Pada suatu hari nabi ayub diuji menghidapi penyakit radang kulit selama 15 tahun. Datang lah iblis menyerupai manusia berjumpa Rahmah untuk menghasutnya, mengungkit kisah-kisah kebahagian 15 tahun dahulu bila dia dan suaminya diberi nikmat yang banyak. Namun kini, hilang. Iblis menyuruh Rahmah meninggalkan nabi ayub.

Bertemulah Rahmah dengan suaminya mengungkit dimana hartanya dan nikmat mereke yang dahulu.

Nabi ayub dengan nada kecewa, berkata

 " aku malu dengan Allah. Aku malu untuk meminta agar penyakit ini disembuhkan. Kerana aku tau kita sudah megecapi nikmat yang begitu lama sebelum ini. Tapi, kita baru hanya diuji sebegini beberapa ketika bila dibandingkan. "

" Aku boleh memintanya, tapi dengan satu syarat. Izinkan aku menyebatmu sebaik sahaja aku sihat seperri biasa" berkata nabi ayub.

Begitulah tarbiyah seorang suami kepada isteri. Sejak itu, isteri nabi ayub menerima segala kekurangan yang ada pada diri nabi ayub. Sentiasa sabar menghadapi ujian melandanya.

Yang penting, untuk peringatan diri saya sendiri dan kalian. Berusahalah menjadi orang yang baik untuk mendapat pasangan yang baik. Walaupun kita tak berjodoh di dunia, inshaAllah di akhirat ada. Perlengkapkanlah diri dengan ilmu dan pengalaman sebelum ke arah ke alam perkahwinan. Dan banyakkan berdoa ❤

Surah an nuur : 26

You Might Also Like

0 komen kalian

Popular Posts